December 02, 2010

Pendaman


SEGALA sir, semua rahsia, dan setiap hakikat yang dia tiada pernah menceritakan, terutama kepada kalian semua, dia tuliskan di dinding batu tembok yang ada.

Batu tembok itu hanya sesuatu yang dia percaya. Kerana ia tiada mungkin memberitahu sesiapa.

Dia asyikkan sejuta mimpi. Cerita angan-angan, harapan, dan naluri. Hingga tulisan-tulisan di batu tembok mulai penuh dan meninggi. Di antara satu sama lain ada yang bertindihan sesama sendiri.

Begitu banyak kisah yang sepatut dia diamkan. Berapa banyak perkara yang sepatut dia sembunyikan. Betapa yang lain tiada dia percayai. Batu temboknya adalah kecuali.

Dan di situ menjadi tempat untuk dia cuba bersandarkan.

8 comments:

mekchu December 6, 2010 at 5:44 PM  

salam kenal..

haniey December 7, 2010 at 2:40 AM  

salam..haniey dtg cini n follow kamu.. :)

nadiah December 7, 2010 at 7:44 AM  

salam maal hijrah,muga tahun ni lebih baik dari tahun lepas..

tomatokering :) December 7, 2010 at 2:26 PM  

ceq mai lapor diri ;D

hanisah December 7, 2010 at 2:47 PM  

salam ziarah blog kamoo=)

Dewi Kumbang December 7, 2010 at 8:59 PM  

okay, yang ni cepat nak faham sikit. nape semakin telus ni tulisan kamu ni. hehehehehe. biasa sy kena tongkat dagu lama2. yg ni tongkat jari je. hehehe ok gurau je.

Iris Asli December 7, 2010 at 9:49 PM  

love this blog. follow u :)

Anonymous December 19, 2010 at 3:59 PM  

kalau faham, maksudnya apa dewi kumbang?

  

Back to TOP