December 21, 2010

Kasih Bukan Sekadar Cinta


KERLIP masih beberapa butir di angkasa raya; merembes-rembes. Embun masih beberapa cubit di halaman saujana; menitis-nitis.

Itu maksudnya malam masih muda. Jangan dulu lena memejam mata. Kerana dia ingin menyampai petanda.

Gelap malam tiada mengasbab mata jadi layu. Dingin angin tiada mengasbab tulang jadi ngilu. Biar sahaja tingkap itu. Kau akan mendengarnya bila sampai waktu.

Tiada apa menyekat bila dia mula bersuara. Kerana suaranya suara sukma. Dan kau tiada perlu bertelinga.

Hanya dengarkan di detak-detak hati. Dan di denyut-denyut nadi.

* Inspired by Ylmarmin Ah-Haidan.

3 comments:

Anonymous December 22, 2010 at 9:36 PM  

wow malay literature!!!!! amat jarang jumpe page camnie. suara sukma??? pasti sgt berbisa!

mai BEAR gebu December 27, 2010 at 9:59 AM  

perghh ! mendalam gila maksud ! nice blog :)

fathiah January 3, 2011 at 2:16 PM  

wah.... terbaek la ayat!!! :) i like

  

Back to TOP