December 10, 2010

Pendaman Part II: Tiang Seri Halimunan


BAHAGIAN yang paling sukar menjadi dinding batu tembok adalah ia tiada boleh hancur. Ia harus berdiri kukuh. Menunjang kuat dan memaksi teguh.

Ia tiada boleh hancur.

Andai ia goyah hingga membiar penyandar terlepas dari bahunya lalu runtuh (terpecah berjuta keping hingga tiada lagi dapat menyatu semula) maka penyandar yang memerlukannya untuk menahan diri mencari kuat juga turut rebah.

Pengakhirannya akan meluluhkan seperti kepingan-kepingan kristal rapuh yang tiada mampu lagi tercantumkan.

Batu tembok tiada boleh hancur.

7 comments:

sepet_bulat December 13, 2010 at 1:05 PM  

terima kasih kerana singgah.

mungkin separuh dari catatan kamu juga berkisar dari ruang yang dikongsi bersama.lirih dan pedih itu seakan serupa.

hidup bukan perlumbaan cerita-cerita sedih. lara hati yang keterlaluan umpama menzalimi diri dan itu sangat dimurkai pencipta.

belaja senyum. setiap hari 5 min. dan kemudian kamu akan terbiasa.

jaga diri sayang. kamu unik di mata Tuhan.

Anonymous December 13, 2010 at 3:26 PM  

really nice. sgt berjaya mengusik hati dan minda.

AH7 December 17, 2010 at 10:01 PM  

i follow u..follow balik er...505

Awang Hafiz December 17, 2010 at 10:42 PM  

penulisan yg penuh misteri.. pilihan gambar turut menambah misteri entri.. jarang jumpa blog seperti ini..

hans December 18, 2010 at 9:04 PM  

ku suka entry nih
ada maksud tersirat yg unik

P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?

Unknown December 26, 2010 at 9:06 AM  

macam takut je kan dlm blog nie.. tp dye punye cerita penuh misteri

Liyana Yuyu December 27, 2010 at 7:50 PM  

wow. i really adore those words! sgtsgt mendalam. follow u. =)

  

Back to TOP