February 12, 2009

Bertahan Dalam Masyghul


TERASA setiap keluhan, ratapan, dan sesalan semakin melilit-lilit sesakan nafas. Itu belum lagi ditambah soalan-soalan yang masih tiada terjawab puas. Hampir terkorban jiwa, hampir terputus nadi. Soalan-soalan mengapa begitu dan kenapa tiada begini.

Suara-suara dalam hati semakin nyata.

“Kalau mahu menyerang, bukan sekarang. Nanti dulu. Himpunkan segala mantera.”

“Kalau mahu menyerang, jangan sekarang. Tunggu dulu. Kumpulkan segala tenaga.”

“Bertahanlah diri. Bertahan untuk beberapa waktu lagi. Bertahanlah tetapi jangan sampai mati.”

Mati rasa, dalam masyghul dia bertahan. Membayang kasih, dalam malam hitam kelam berselimut kegelapan. Dalam hati pualam berangti bertinggal kesepian.

“Dear God, can we talk?”

13 comments:

Sis Lin February 25, 2009 at 10:03 PM  

tuhan maha mendngr setiap keluhan insan nye..tp jiwa kita meronta tatkala tiada sapa mahu mndngr kan...

Suraya. February 25, 2009 at 10:39 PM  

become ur follower.takpekan? mcm best je. malay literature..

Pu3 February 25, 2009 at 10:57 PM  

yea..
He can talk to u..
Through ur pray..

Jika sendirian, kamu tak akan kesorangan.
Kerna DIA sentiasa ada di sisimu.
Mendengar, memerhati, memberi, mengerti.

Sabar ya. Aku juga sedang sabar.
Menanti. Lama menanti.
Lalu ku bawa diri sendiri.
Terasa sendiri tapi masih ada yang menemani (hakikatnya)....

chentaMAYA February 25, 2009 at 11:08 PM  

teruslah tabah!
tuhan maha tahu!

Lily Abdullah February 25, 2009 at 11:44 PM  

Dia sentiasa mendengar.Dia yang di atas sana. Moga esok akan ada sinar muncul.

Teruslah bertabah hati!

Dearie Pearls February 26, 2009 at 12:38 PM  

Terus TABAH..
Dia sedia mendengar segalanya..

13may February 27, 2009 at 10:25 AM  

insyaALLAH...moga baik baik belaka :)

Abdul Halim February 27, 2009 at 3:02 PM  

mahu bertahan sampai bila...

mahu bercakap kapan maksunya....

mahu mengalah berbaloikah ia....

Bintang February 28, 2009 at 4:49 AM  

benar.

bertahan tetapi jangan sampai mati.

Dia sentiada ada.

cuma masa tetap berharga.

jangan ditunngu bila.

sebolehnya tika ini juga.

berdoa bahasa Tuhan yan Esa.

l t t l g j h ; February 28, 2009 at 5:14 PM  

dah lama tak singgah sini..

(:

yannayelle March 1, 2009 at 2:12 PM  

andai kamu dpt bercakap ngn Dia, sy pun nk tumpang melutut meluah rasa hati....

Berat beban yang ditanggung, hanya Dia yg mampu bantu menampung...

Haula Hati March 3, 2009 at 3:29 PM  

bertahanlah walau dlm kepiluan...


ak tahu kamu kuat~

Anonymous August 17, 2011 at 11:01 PM  

I think this is one of the most important information for me. And i am glad reading your article. But should remark on few general things, The website style is perfect, the articles is really nice

  

Back to TOP