Ketika Mata Memberontak, Meronta-ronta, Meminta-minta Satu Kelibat
PURNAMA di kayangan mengintip dari luar jendela. Gelap, hitam, dan sejuk tersentak-sentak. Berwirid rindu di penghujung diam. Mencari celah untuk keluar dari kehilangan ruang rasa dalam raga.
Apa yang menampak tidak semuanya sendu.
Dia mematung. Mencuba meneropong bintang dengan tangan kosong. Mengintai-intai sudah sampai manakah agaknya segala doa. Sambil saling bertukar pandangan dengan Tuhannya. Memohon simpati meradai cinta.
Apa yang tertinggal sepenuhnya rindu.
Hati berombak berbadai berhempas. Dua putih air menitis bersahutan. Bertahan-tahan tiada juga diam. Pedih menyedih teramat dalam. Sementara seraut wajah terus-terusan memalu jiwanya.
Wahai Tuhan, datangkanlah seorang penyeka.
14 comments:
biarkan titis air jernih itu terus merembes keluar...
lagi di thn, lagi memedih jiwa...
sabarlah..
penyeka itu pasti tiba :)
datangkanlah seseorang untuk menyeka air mata mu...
makin lama makin sesak pulak kusutnya jiwa kamu tu. how can i help u pal...
hummmm~
tabahlah!
kerna tuhan menjanjikan yang terbaek untuk kita!
~Dua Putih air menitis bersahutan
~bertahan-tahan tidak juga Diam
~Pasti akan datang seorang penyeka
Sabarla Menanti
~ryan sangat suke dengan kata-kata puitis S90 sukeeee sanggat
~truly Luv~
Dalam.
Puitis.
Aku juga.
Menanti satu kelibat itu.
Sudah lama pandangan ku kabur dari kelibatnya.
Tuhan, datangkan kelibat itu.
Dan jangan KAU lelapkan ia dari pandanganku buat selamanya.
Aku mahu kelibat itu sentiasa di sisiku.
SELAMANYA.
p/s: She, jangan selalu berduka lara ea. Sabar OK. (pesan untuk diriku juga.)
long time no see baBe
pekabo eK?
hye...
thanks
penuh puitis....
i like....
Wahai Tuhan, datangkanlah kepadaku seorang penyeka.
huu..nak jugak~
salam maulidur rasul.. :)
S90.. ~saye follow awak k~
Post a Comment