January 27, 2012

Selamatkanlah


DIA menuju dasar. Bakal lemas hingga paru-parunya terasa terbakar. Berabu dengan cerita-ceritanya yang mekar.

Dia kebuluran nyawa. Bakal kebas hingga terbeliak anak mata. Bukan silap pandangan yang mengkhayal nyata.

Di lehernya mula ditumbuhi insang. Di antara kakinya ular-ular air bersarang. Sabar menanti harinya kau datang. Dan dia terus belajar untuk tidak terus tenggelam hilang.

Atau nanti suatu hari kau berjalan seorang diri. Kau lihat hantu menangis di atas pokok di malam sunyi. Itulah dia sesudah mati. Mengenang sumpah taat setia janji.

1 comments:

nadhiralicious89 February 24, 2012 at 10:01 AM  

hi..
ley tak nak kenal ngan penulis blog nii? canne ye nak hubungi? ley dpt contact 6ber tak?

eh banyk lak soklan hehe so sorry. bab dah teminat sangt2 ngan penulisan blog nii,lama dah baca n folow,so nakla kenal2 ngan tuannye ok :))

  

Back to TOP