March 10, 2011

Simetri Sakti Mandraguna


SALAM menjadi pembuka bicara. Bersulam keras angin yang mencengkam-cengkam dada.

Laut dijunjung tiada segi. Gunung dijunjung tiada sendi. Seberat janji yang dikendong. Amanah dan sumpah yang ditanggung.

Rentaka di kiri, lela di kanan. Pandak di kaki, sundang di badan. Alangkan garuda lagi ditunggang. Inikan pula anak enggang.

Aduhai! Secuma kilas harubi sudah terhirisan? Belum lagi keris terahsia yang tersimpan.

3 comments:

ghost writer April 18, 2011 at 4:13 PM  

seolah bagaikan seorang yang warawiri,tidak betah pada satu tempat.semua tempat harus meningkar.konon tersesat di suralaya.padahal cuma setapak langkahnya.

dua kali pandang...terlalu banyak kisahnya.

Myour Stories May 24, 2011 at 3:43 PM  

Mungkin banyak lagi kisahnya. Umpama kisah bayan berbayang-bayang. Jika Tuhan tidak perkenan, kempunanlah kita tiada lagi perkisahan. Ya tuan, mana lagi sambungan?

fadlisabri May 27, 2011 at 1:26 PM  

visit here frm Egypt~

http://coretanfadlisabri.blogspot.com/

  

Back to TOP