July 01, 2009

Mula Permulaan


DARI mana segala punca?

Pencarian ini perlu untuk memecah teka-teki. Bila persoalan paling mudah tiada pernah terjawab lagi. Mengapa kita masih di sini? Apa erti semangat dalam diri? Mengapa kita berimpian dan berilusi? Atau mungkin lebih baik jika kau dan dia tiada tahu tentang apa segalanya yang terjadi?

Tiada mencari, tiada merindu, tiada setia. Itu bukan fitrah manusia. Bukan juga manusia yang berhati. Itu bukan sebab mengapa manusia wujud di sini.

Pencarian ini perlu untuk memecah teka-teki kehidupan. Tetapi pengakhirannya apa yang akan terjadi jika hati manusia cuma mampu memahami makna hanya pada detik-detik paling terkecil yang tiada tersembunyikan?

Tetaplah ada di antara kau dan dia. Di dalam bayang, di dalam sinar, di mana-mana. Adakah mereka tahu apa yang tersiratnya?

8 comments:

Sis-Lin July 8, 2009 at 9:30 AM  

yg tau..hanya dia,aku dan kamu....siapa??? renung dlm diri,sucikan hati pasti temui..hehehehe

eliza July 8, 2009 at 8:48 PM  

sememangnya mereka itu tahu..
hanya mereka sengaja tidak pernah mahu...untuk ambil tahu lagi..

=)

♥chentaMAYA™ July 8, 2009 at 9:18 PM  

da lame xbace tulisan kamU!
selamat kembali!~

Miss Izah Mohamed July 9, 2009 at 2:59 PM  

hye dear..
lame sudah xjenguk cni..
sorry ye.. huhu

tkcr n hav a nice day there :)

zaidharis July 10, 2009 at 10:35 AM  

kadang-kadang,
walau cuma itu detik yang paling kecil,
masih mampu disimpan kemas,
di dalam kenangan.

Pyanhabib July 13, 2009 at 2:43 AM  

teruskan mencari.
(cantik gambar entri ini)

setiakasih July 18, 2009 at 11:28 PM  

pencarian
bererti berjuang

berjuang
bererti hidup

hidup wajar dengan terus mencari.

kojah July 24, 2009 at 6:49 PM  

salam singgah

  

Back to TOP