March 11, 2009

Kesakitan Ini Bila Akan Imun


DIA duduk terkulai. Perjalanannya seperti ke satu tempat yang tiada sampai-sampai. Dia lelah tetapi tetap berjalan dengan bersungguh. Langkah yang sudah beribu hari menjadi semakin jauh.

Entah siapa yang bakal datang merantai mengikat kaki dari terus diangkat. Entah siapa yang bakal mendekat.

Dia beragak-agak bila akan imun kesakitan ini. Membayang-bayang diri bersayap dan terbang tinggi. Berkepak beraja terawang. Menggulung-gulung langit, bulan, dan bintang.

Dia berangan-angan supaya tubuh tiada patuh lagi kepada segala kesakitan yang membedal. Semoga pembuluh-pembuluh darah tiada lagi berasa gatal. Agar jantung tiada lagi menyala kemarahan. Dan berharap otak pula semakin meringan.

Bila? Entah. Senyum masih tanpa rupa. Ketawa masih tanpa kata.

10 comments:

Asiahaha's March 21, 2009 at 9:43 PM  

kenapa eik?
xpaham

*blur*

huhu

Pu3 March 21, 2009 at 11:52 PM  

teman.
itu semua ujian dalam hidup.
kental dan redha.
tapi jangan give up she.

i know u tabah!

♥ sOFIa ♥ March 22, 2009 at 3:58 AM  

bkunjung kembali :)

kata kata bagus

a.b geldofg March 22, 2009 at 7:56 AM  

sngguh cantik bahasa2 entry anda2...tgada aku

Idalara March 22, 2009 at 5:30 PM  

biar dirasa kesakitan yang ternampak dek mata daripada menahan kesakitan yg tak terlihat oleh mata kasar..kesakitan dari dalam hanya kita yg merasai...sungguh pedih dan sakit yang amat kerana hnya kita yg alami..
hanya kekuatan mental yang dapat melawan kesakitan itu..bersabar lah..

cIk pEnNa March 22, 2009 at 6:31 PM  

ermm..apa aje yg berlaku di dlm kehidupan kita pasti ada sebabnye!
kuatkan diri..

wani_weirdo_world March 22, 2009 at 9:18 PM  

BLOG y hebat!

LotsOfLove-Pearls March 22, 2009 at 11:16 PM  

makna tersirat..

CAHAYA March 24, 2009 at 1:16 PM  

puitis. tapi tak faham blom sampai ke tahap kamu.

Ladybug Yna March 28, 2009 at 5:49 PM  

kesakitan yg mcm ni, imun nya bila kamu set otak kamu utk reduce kan kesakitan itu. semuanya ibarat mainan yg dikawal oleh otak, hati dan perasaan...

  

Back to TOP