March 02, 2009

Bersembunyi Dalam Sunyi Tidak Berbunyi


“Aduhai kekasih hijabmu di sini. Mahsyur rupamu di mata kalbi ini. Berbaringan diusik rindu azali.”

SUNYI ini walau tiada berbunyi tetap saja memekakkan. Pekaknya menyentap pengharapan. Menahannya menggigil-gigil. Ragu mula memanggil-manggil.

Dia berkeinginan untuk keluar dari ruang sembunyi. Bebas dari kesakitan dirinya yang mereka nikmati. Mencuba bangun dan beringsut. Perlahan tetapi sekurang-kurangnya dia bergerak walau berkeriut.

Kepingan-kepingan papan dia bentuk menjadi sampan. Tetapi ke mana pula hendak dia dayungkan? Akhirnya hanya mampu duduk tunduk merenung lubuk biru. Menumpang kesedihan ikan-ikan kecil yatim piatu.

Janji? Janji mungkin cuma sepotong kata kosong. Imaginasi tanpa kebenaran yang didukung. Kata cuma sia-sia. Halusinasi belaka.

Aduhai! Segala kalimah ini siapalah yang mengerti?

7 comments:

Y E R N ain March 9, 2009 at 3:37 AM  

walaupun kalimat itu sukar dimengerti namun kenyataannya, tiada insan inginkan kesunyian.

This is Mine March 9, 2009 at 12:30 PM  

keluar sahaja dari persembunyian itu~
andai itu jalan yang terbaek buat kamu~

dayung sahaja sampan itu~
ak yakin ramai yang akan datang membantu~

dan aku pasti, ak di antara yang akan menolong mu, wahai sahabat~

♥chentaMAYA™ March 9, 2009 at 6:38 PM  

aku mengeti..jangan terus merenung & termunung!bangkitlah..maseh banyak yang perlu dilakukan..maseh rmai yang perlu disayangkan..jgn biar masa menghanc0rkan kehidupan..
jadikan kehancuran semalam untuk bangkit hari ini!

zaidharis March 9, 2009 at 11:20 PM  

diam,
pejam mata,
langkah kembali,
bersama bara!

F Z March 10, 2009 at 3:58 PM  

heyya :)
nk bg tawu nie.
em,link yg lama da x guna.
nie yg baru.
harap maklom yeh :)
http://farabudakkecik.blogspot.com/

Pu3 March 12, 2009 at 12:13 PM  

bangun.
teguhkan langkahmu.

jika rindu itu menggamit lagi.
titipkan hembusan puitis mu.
agar nafasmu bisa dirasakan olehnya.

xoxo~ April 7, 2009 at 9:13 AM  

tumpang lalu:D
suka dengan hasil tulisan kamu;
:D

  

Back to TOP