January 01, 2011

The Tale Of S90 Part X: Season Finale


ARAKIAN tersebut sudah berpuluh-puluh purnama adanya hamba menghidang Hikayat Dewa Sanjungan dan Senandung Kesuma Dewi untuk ditandang jadi ayapan tuan-tuan yang berbeza bijaksana. Hatta sudahnya ada tuan-tuan yang menelaah akan sedikit banyak pengkisahannya.

Adalah perkara tiada terselesaikan itu bukanlah petaka. Sudah menjadi rencana jua bagi Tuhan mengatur ia. Kalau bukan sekarang mungkin nanti. Kalau bukan yang itu mungkin yang ini.

Maka jika ada halnya terkait dengan tuan-tuan hingga membawa kepada bersedih-sedih sungkawa, tuan-tuan jadi bermohonlah. Terutama tuan-tuan yang sedia setia dalam rubsyah.

Adalah jua Tuhan Rabbul Izzati mengatakan hal ini. Telah disampaikan oleh junjungan besar nabi. Baginda itu pembawa pesan seluruh umat bumi segenap penjuru. Berbunyi sebahagian ayat enam puluh surah Al Mukmin itu, “Mohonlah kepada Aku, dan Aku akan menyahuti kamu.”

Itulah tuan-tuan cukup hamba perikan. Andai hamba berlebih-lebih tiada had nanti jatuh derhaka pula pada empunya gerangan.

Syahdan adanya maka izinkan hamba mencanang perkhabaran kepada tuan-tuan seluruh negeri. Adalah dikhabarkan telah sampai musim pengakhirannya hikayat dan senandung ini. Namun jadi rendah diri adanya di hati hamba kerana bukanlah layak hamba sebagai pembawa khabar selain empunya balairung seri. Seyogia dan moleklah diberi kepada empunya berlipur-lipur sendiri nanti.

Akhirul adalah besar harapan hamba semoga kiranya hikayat dan senandung ini kelak jadi dongengan dan bualan apakala di zaman tuan-tuan jua. Segala mana elok pekerti ditelanlah, segala mana honar raga diluahlah ia.

13 comments:

4umyfans January 2, 2011 at 2:41 AM  

bahasa yang bombastik!

teman suka...
yeayy!

___________________________
entry best < http://koriieleys.blogspot.com/2011/01/lemparkan-syn-untuk-tahun-2011.html

NOOR FATIN January 2, 2011 at 5:35 PM  

nice post :)

chentaMAYA January 2, 2011 at 7:06 PM  

dr dulu sampai sekarang. puitis lu tetap hebat!

Pembawa_Wacana January 3, 2011 at 7:26 PM  

Lagi...lagi..:)

eita January 3, 2011 at 8:10 PM  

waaaa.....nice blog dan jugak penulisan yang bahasanya memang ummph..

SayaNina January 4, 2011 at 10:01 PM  

excellent!!nice blog,nice template,nice contents!

Sophie Al-yahya January 4, 2011 at 10:12 PM  

hurmm..kurang paham sebenarnyaa.. T_T

anyway all the best in your writings .selalu tertanya-tanya apa dalam jiwa puitis macam ni ye sebenarnya.. =)

*tak jumpa shoutbox kamu*

Lara D'yuni January 7, 2011 at 11:44 AM  

suke3~ terbaek la

owL_aRtOwL January 7, 2011 at 8:14 PM  

nice entry...
dtg bace + follow skali...

Dewi Kumbang January 7, 2011 at 9:33 PM  

nak stop sampai sini je?
kesian sy.
dah tade tangga utk mengarang.
)'=

Pena Marhaen January 10, 2011 at 1:47 PM  

entry yg baik dan puitis...dah follow blog ni.

Irwan January 19, 2011 at 7:29 PM  

Seingat aku, kali terakhir aku betulbetul memaksa diri aku menghayati prosa klasik ialah masa SPM. Sebelum tu, masa aku darjah 3 kot, masa terjumpa buku Hikayat Inderaputera.

Dan membaca blog She 90 memang meremangkan roma di leherku. Aku tersentap. Pergh. AKu terpikir:

Ada lagi orang yang macam ni?


http://aderberani.blogspot.com/2011/01/baru-jumpa-she-sembilan-puluh.html

saraa January 31, 2011 at 4:36 AM  

kau memang..
memang..
memang..

boleh buat orang terkedu tau tak!

:)

  

Back to TOP