August 01, 2010

Berfirasat, Peluk Hati Rapat-rapat


“Tuan hamba sudah mati!”
“Belum. Hamba masih hidup.”
“Tuan hamba belum mati?”
“Masih belum. Tiada tuan hamba berbicara dengan hamba andai ia terjadi.”
“Mungkin hamba yang mati.”
“Juga tidak. Mungkin sebahagian.”
“Lantas apa sedang tuan hamba lakukan?”
“Berbicara hamba dengan kumbang.”
“Mengapa?”
“Firasat.”
“Firasat?”
“Ya.”
“Seperti sering tuan hamba berbicara dengannya.”
“Hamba terpaksa.”
“Untuk?”
“Meruntuh batu tembok antara kita.”
“Lalu apa firasat kumbang?”
“Tiada apa.”
“Mungkin bukan harinya untuk kumbang berbicara?”
“Batu tembok, bukan kumbang.”
“Tiada hamba faham.”
“Dan mungkin kumbang juga.”

RAMAI mencuba menyembunyikan ia. Tetapi kebenaran penaka cahaya. Tiada dapat diselindung. Serapat mana mata ditudung.

Memori tetap mempersaksikan setiap kejadian. Agar kelak yang lain diberi khabar gembira atau berita amaran. Supaya mereka bersama-sama meraikan kejayaaan. Atau setidaknya mereka diperingatkan tentang suatu kegagalan.

* Inspired by Dewi Kumbang.

1 comments:

Anonymous September 25, 2010 at 2:14 AM  

hello you! i silent reader blog nie..... kenape tade posting baru??? please la update.....

  

Back to TOP