August 10, 2009

Kecelaruan Kognitif


BERPUSAT di ubun-ubun dan meledak tanpa daya. Lalu melonggar setiap penyambung sinaps dalam otak kepala. Jadi pecah dan runyam tiada tara. Jiwa menyebati setiap kekeliruan segala.

Kesukaran mengawal desakan dan dorongan. Juga bisikan hati yang semakin tiada beraturan.

Kecelaruan tiada mungkin hilang hanya dengan sebutir antipsikotik yang dilinting dipilin. Atau imipramine atau doxepin atau amitriptyline.

Sehingga di dalam tidur tetap sahaja tubuh tergeletar, terkeringat, dan terkerunyuk. Ah! Agak-agaknya dia masih belum teruk.

8 comments:

♥chentaMAYA™ August 14, 2009 at 9:00 PM  

kau saket?

Basuh Baju August 17, 2009 at 8:15 AM  

peh- kata2 nya...

☆ Irah ★ August 19, 2009 at 8:59 PM  

hai she90. kedatangan anda amatlah dialukan di belog saia. ehee~ ;p. err, awk tak letak shoutbox ke?

anyss August 20, 2009 at 2:30 PM  

cantik gambarnya....mendalam btul kata2nya. Mmmmm sedang bermentera kah?

penjenayah merah jambu. August 24, 2009 at 1:51 PM  

selamat berpuasa :)

MiSya August 24, 2009 at 7:14 PM  

hi s90..sy pun melawat kamu...wah..dah lama tak lawat..semakin mendalam ayatnya...bravo!hihi

A I N :) August 25, 2009 at 5:30 PM  

tenks fer drop follow mollow yok ;)

::Mish ShaZz:: September 2, 2009 at 10:13 PM  

ouch..the words so unbelievable...nice!

  

Back to TOP