February 11, 2009

Mengarca Hiba Minda Bersaru


DIA ke hutan itu petang tadi. Di sisi paya duduk sendiri-sendiri. Bersedih-sedih dan bercucur-cucur air mata membasah-basah pipi. Tiada tergambarkan hati yang sudah lama berangti.

Sambil memanggil-manggil nama Tuhan, dia memujuk-mujuk diri.

Dia hanyutkan jiwa dengan bersatu bersama alam. Bunga-bunga hutan kembang pasparagam. Matahari menyuluh sangat pegari. Ternyata di hutan tiada yang sepi.

Para belalang mencuba melompati akar. Semut-semut kecil berperahu daun damar. Sesekali ikan-ikan timbul bermain udara. Dia menanti juga, mudah-mudahan ada ular bisa yang mahu menjadikannya sebagai mangsa.

Dalam berkhayal-khayal, dia teringat hikayat semalam.

Hikayat Dewi Jadian yang pernah hidup tapi kosong, bernyawa tapi terpaksa. Namun akhirnya kegagahan membuat diri terbina semula. Dia jadi cemburu dengan kegagahan itu. Hingga mula membanding-banding dengan betapa semakin menghilangnya kegagahannya dahulu.

Dia duduk lagi sendiri-sendiri. Dia mengajak dirinya mengarca hiba. Menyelami betapa pahitnya minda bersaru. Dan semakin berat dia rasakan lagi ketika daun-daun jatuh berguguran menyentuh bahu.

“Tiadakah kau tahu yang aku bersungguh-sungguh rindu?”

“Searching for the answer of the pray. When will we see ourselves again?”

* Inspired by Hikayat Dewi Kumbang.

11 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] February 20, 2009 at 10:18 PM  

hemmm...

it's something that cant be answered...

alahai...

tabahlah hati~

kuIna Jentayutiara February 21, 2009 at 9:11 AM  

u'r not alone...

fara ('',) February 21, 2009 at 12:59 PM  

1001 rasa sy ada pada tulisan kamu.

apa perlu kita buat?

p/s : terima kasih sudi jengah she.. :)

Pu3 February 21, 2009 at 8:51 PM  

she, kenapa bertenggek di rimba sana sendirian?

kenapa menanti ular berbisa membaham kamu?

teruskan perjuangan kamu..

jangan bertenggek disitu aja..

jengahlah yang bisa menyembuh lukamu..

OK dear?

p/s: thanx alot.. jengahlah slalu ke laman pu3 ea..

Ladybug Yna February 21, 2009 at 10:07 PM  

she...hehe haha hoho huhu.

*sori2,kembali serious*

benarkah si dia dah bangkit dari kejatuhan? sejauh mana keyakinan kamu? pernah explore tak ape yang sedang si dia pendam dan rasakan? mungkin juga dia sedang dalam kesakitan yang amat sebab sedang melakonkan ape yang bercanggahan dengan kebenaran sebenar...

elL February 22, 2009 at 10:59 PM  

doa itu yang paling mujarab.

Signorina Syima February 23, 2009 at 8:35 PM  

kenapa kekecewaan sering melanda??

♥chentaMAYA™ February 24, 2009 at 12:15 PM  

kuatkan semangat!

ahin2960 February 24, 2009 at 1:52 PM  

Kalau hati masih satu...

Kalau hati masih rindu...

Mengapa masih berada di situ...

LotsOfLove-Pearls February 26, 2009 at 12:40 PM  

Terlalu sedih pada kata2nya..

Terus bertahan..

Secret Lover April 3, 2009 at 7:10 PM  

thanx for visiting my blog..
wow, ur blog is like...sgt2 puitis.
sounded just like fynn jamal lol..
anyway, keep up !

  

Back to TOP