December 31, 2008

Frustrasi Kesuma Dewi Part III: Jangan Menyerah


WAHAI Kesuma Dewi!

Dia menuntut kebangkitan. Bangunlah dan jangan menyerah segala kelemahan. Buangkanlah setiap apa yang tiada patut tertaklukkan.

Janganlah lebih lemah daripada mereka. Lepaskan ketiadagentaran kepada semua. Kembalilah Kesuma Dewi yang sediakala.

Aduhai Kesuma Dewi! Tunjukkan kesaktian-kesaktian!

December 30, 2008

Frustrasi Kesuma Dewi Part II: Penawarjuna


BILA hatinya ditanya tentang siapa ini.

Ini srikandi. Ini permaisuri. Ini maharani. Dan ini dewi segala dewi.

December 10, 2008

Frustrasi Kesuma Dewi


DEWA Dewi mencari cinta. Dewa dan Dewi akhirnya sama-sama tergoda. Salah siapa? Dewi atau Dewa?

Akhirnya dipaksa-paksa untuk percaya pada takdir dan ketentuan. Jodoh pertemuan yang sering dikatakan di tangan Tuhan.

Dia menyoal, “Mengapa pencinta-pencinta yang bahagia ditimpa penderitaan sebegini sekali?” Doktrin takdir menjawab, “Mungkin ada maksud mulia di sebalik semua ini.”

Dia menanya, “Mengapa untuk suatu tujuan mulia, Tuhan merosak kehidupan pencinta-pencinta? Mengapa Tuhan mengizin penyihir-penyihir untuk memisah dan menabur kata?”

Dan dia terus memujuk hati untuk tiada menyalahkan Tuhan. Segala kutukan untuk para penyihir dan pengata yang penuh kehinaan.

December 03, 2008

Seru


SEMAKIN hari terasa jiwanya dipanggil, diseru, dan dihela. Tapi dinding-dinding masih sama. Udara masih tiada berubah rasa. Ajaib kerana suara kau itu teramat nyata.

Dan dia mula bertanya pada jiwa. Adakah ini tanda kau meluah rindu di sukma? Atau cuma perasaannya sahaja yang mengharap? Kerana kau sendiri tahu jika demi kau, dia tiada pernah tersilap.

Dan dia yakin dengan sangat itu memang suara kau.

Dia mendengar kau melagu dan merayu. Segala kesedihan dalam diri kau mengadu. Mencerita tentang semua yang telah mereka melaku.

Tariklah semua tenaga yang dia ada. Untuk kau jadi yang terkuat semula. Demi hati. Datanglah, pulanglah, dan genggamlah janji.

December 02, 2008

Bila Ada Adalah Tidak Ada


BILA ada adalah tidak ada. Bila apa yang kau tahu adalah salah. Dan bila apa yang kau dengar adalah bohong.

Seandai ada apa berita, perkataan, hingga pengakuan yang kau terima yang bukan dari mulutnya sendiri. Maka percayalah bahawa sesungguhnya itu bukan dari dia.

Seharus kau lebih tahu betapa sejak dulu begitu ramai yang dengki. Berapa ramai yang cemburu dan iri. Betapa dahsyatnya mereka ketika lidah tiada dijaga. Kebohongan, celaan, bahkan fitnah ketika terhambur tiada terasa.

Dan kau semestinya tiada perlu tertewas dengan mereka.

Seandainya kau tiada tertewas dia masih tetap tiada faham. Mengapa kau mesti berpura-pura tabah?

December 01, 2008

Do You Feel Good


DO you feel good? Do you feel fine? Did they get you to trade your hero for ghost?

November 30, 2008

Infinite Dreams


“Wish I may wish I might. Have this wish I wish tonight. Lay beside me. So close your little eyes.”

“Carpe diem. Then make me miss you.”

* Inspired by James Alan Hetfield.

November 29, 2008

Bedtime Tale Part II: Aku Tidur


“Dengan katil yang sama kita aturkan, seri yang kau hiaskan.”
“Dengan tilam yang sama kita kongsikan, cadar yang kau bentangkan.”
“Dengan bantal yang sama kita rebutkan, sarung yang kau pakaikan.”

“Dan masih lagi dengan selimut yang sama kita selubungkan, selimut yang kau tinggalkan.”

November 28, 2008

Entri Untuk Pari-pari


PARI-PARI, di mana kau? Tiadakah kau tahu ada sesuatu yang telah berlaku?

Pari-pari, dia hampir tiada daya. Mahu dibenam seluruh tubuhnya di laut sana.

Pari-pari, apakah kau terlalu asyik dengan dunia? Sehingga kau terlupa untuk menjaganya?

Pari-pari, dia sedang diseksa. Usahakan penawar sumpahan bisa.

November 27, 2008

Wish I Had An Angel

November 26, 2008

A Kiss To Remember


“Just lay down for me. Naked for me to see.”

* Inspired by Aaron Stainthorpe.

November 25, 2008

Deep Silent Complete


THE age will say, “This poet lies.” Heaven never touched earthly face.

The age will say, “This night was ours.” Blessed with the deep, the silent, the complete.

* Inspired by Tarja Turunen & William Shakespeare.

November 24, 2008

Obsessed


DEFINITION; consumed, driven about belief, desire.

November 23, 2008

Entah Ini Sindrom Apa


DIA marah besar bila bermula adegan rindu-merindui. Hatinya hancur-hancuran bila akal mati. Perjuangan hebatnya melawan rasa takut dalam diri. Takut dia setakut-takutnya.

Di mana salah yang terlakukan? Sedemikian tulus dibalas sedemikian? Hembusan nafas sekuat mana lagi yang mampu mengurang beban?

Sakitnya sakit tiada tara. Pedihnya terisi setiap rongga. Setelah sekian banyak yang dikorban demi menjaga. Pengorbanan yang melibatkan semua rasa dan cita.

Dia tercari-cari jalan untuk menghilang rasa galau yang terus merongrong batin ketika mata memberontak, meronta-ronta, meminta-minta satu kelibat. Galau yang tiada terbendung hanya mampu berhenti ketika tidur yang beberapa saat.

Ah! Ini bukan luka di tangan yang mampu disembuh dengan antiseptik.

Entah. Mungkin ada yang mengerti dan faham. Atau mungkin ada yang sangat mengerti dan sangat faham.

Kudos to the parent in killing their children slowly for the sake of loving them.

November 22, 2008

Q 21:83 (Of Your Beauty)


“Indeed adversity has touched me. And You are the Most Merciful of the merciful.”

“Sesungguhnya penderitaan telah menyentuh aku. Dan Engkau yang Paling Berpengasihan daripada yang berpengasihan.”

November 21, 2008

Still We Go


“Why do they hate us? Why do they hate us so much?”

“Hypocrisy, jealousy, imprisoned, walls of lies. Hoards of ruthless guardians, lead us the road to infinity. Hate us you just wait and see, our time will come.”

SETAHUN dulu, sebulan lalu, semalam tadi, sampai sehari ini. Dia berjaga bersama insomnia yang membaur dalam pengharapan.

Sementara di lain sisi dia bukanlah seorang pengalah dan mudah diputuskan asa. Cuma perasaan tiada berdaya itu semakin jahat menguasai dirinya.

Akhirnya rasa ketiadaberdayaan itulah yang membuatkan dia berkhayal ke sana ke mari.

Semoga kau masih lagi boleh bertahan.

November 20, 2008

Bagaikan Sakti (Alone & Hurt)


“Berlayar berbelok-belok,
Sauh dibongkar di tempat tenang;
Yang tinggal hati tiada elok,
Yang pergi hati tiada senang.”

November 19, 2008

Full To The Brim


“If your eyes are full to the brim, the teardrops are sure to fall down.”

“For whom the eyes may starve tomorrow? Who knows where it gets lost? The tears that I had kept hidden in my memories.”

* Inspired by Shamsudin Ali.

November 18, 2008

Potret Diri (1. Bleeding Me 2. Please Come Home)



“It tears me and I bleed. Waiting no matter how long it takes. Please come home. Please come home.”

“Dalam kekaburan yang memaksa aku mencermin diri. Melihat ke dasar hati semangat yang dilukai. Dalam ruang yang sesempit ini aku kumpulkan impian. Menjadi satu lukisan rona cinta samar-samar bentuknya.”

“Sekali lagi aku cuba mencolet warna putih. Namun kelabu jadinya dan membentuk menjadi wajah muram. Lahirlah perasaan rindu dendam. Menjadi gambar wajah aku.”

* Inspired by Ismail Zainuddin.

November 17, 2008

Q 2:286 (Life & Love & Why)


“Our God, impose not on us that which we have not the strength to bear.”

“Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul.”

November 16, 2008

Aku Ratapi


“Hadirmu bagai angin berkala penyeri cetera mimpi. Gemilangnya kita sejiwa di bawah pepayung ungu. Benak aku mula goyah bercita padamu aku pendam rasa cinta. Aku dibuai khayalan kita di pentas peterana.”

“Bila disinari kerdipan dian aku percaya kau ratna aku. Masakan hati aku tiada tertawan pada anggun satu wajah yang menyerlah.”

“Aku ratapi satu nostalgia, kau lemahkan hati sali aku ini. Aku ratapi setiap pertemuan, masih lagi aku meradai cinta di pintu hatimu.”

“Aku ratapi gelora kau curah, antara kita di manakah asmara? Aku ratapi dinginnya hatimu, menutup ruang tiada bisa aku menabur raksi.”

“Aku ratapi takdir kegagalan.”

* Inspired by Wan Barchiel.

November 15, 2008

S** Secrets Safe


HE may have led her to bask in the belief that there is a magical force field of secrecy that surrounds their bed.

Or perhaps she led herself down the garden path just because she had issued a cautionary, “Dear, you cannot tell anyone about this.”

November 10, 2008

Duduk Termenung Hanya Bingung, Kerinduan


KEMAMPUAN itu bukan untuk dihilangkan. Justeru harus tahu kemampuan itu diberi atas dasar apa. Apa alasan di sebalik kejadian? Dan apa juga bentuk penafian, hanya akan membuatkan diri semakin terseksa.

“Ya Nursha. Ya Shahi. Ana al ati. Wa nara as syauqi takwini. Fa anti ar ruhi. Ba al qalbi. Anti al qalbi, ya Hida.”

Dan dia tiada faham mengapa kau mesti berpura-pura tabah?

October 31, 2008

Veniality


SEARCHING for what she cannot find. For her own peace of mind. She cannot forgive nor forget the past. These ineffable feelings and hurt that lasts evermore.

Do not enthrall yourself. Let the penance begin. You have got to open your heart to see the confinement.

It seems so futile, forgiveness, your freedom, the present state of veniality.

Bewail the truth, the face of fate and conquer all the past. Search for the light, and then you will find your own peace of mind.

* Inspired from Simone Johanna Maria Simons.

October 23, 2008

Misty Part III: Bila Aku Mati Part II (Can’t Fight Your Desire)


“Bila aku mati, andai dia tiada menangis hiba. Sampaikan kepada dia janganlah pula dia ketawa.”

October 10, 2008

Misty Part II: Bila Aku Mati (From Here To Eternity)


“Bila aku mati, kuburkan aku dalam-dalam. Tinggalkan gambarnya di atas kepala aku. Dan sampaikan kepada dia bahawa aku telah tenggelam.”

“Bila aku mati, mintakan nota April pertamanya. Selitkan di genggaman aku. Dan sampaikan kepada dia bahawa aku masih menggenggam kata.”

“Mungkin pada mereka aku tiada sebaik dia. Sampaikan kepada dia, sesungguhnya aku telah memberikan dia yang terbaik segala-gala.”

July 23, 2008

Misty


HAVE you ever loved someone, and they had absolutely no idea whatsoever?

Or fell for someone in entire world, and watch they fall just because of someone else?

Have you ever denied your feelings for someone, because your fear to someone else is too hard to handle?

We tell lies when we are afraid.

July 10, 2008

Bedtime Tale (White Night Fantasy)


CLOSE the door and breathe a nasty cloud. A taste of salt in the mouth. Try to sleep to pass the time. And believe in the promise she made.

* Inspired by Khairudin Muhammad.

April 23, 2008

Permanent Midnight (Prophecy)

ONCE the memory begins. The beginning seems to be mirrored. From the very first.

* Inspired by Khairudin Muhammad.

April 10, 2008

Heart Of Steel (April 10)


APRIL 10 is the 100th day of the year. Silence is a heavy stone. Too hard to break. Too hard to hold.

Stand and fight! The silence was deafening!

* Inspired by Eric Adams.

March 23, 2008

Eclipse


THE pains remain the same. The pains remain unchanged.

* Inspired by Shamsudin Ali.

March 10, 2008

Love Is (Let Me Think Nothing But You)


“I can feel when you speak in my heart. At times when you come to visit my soul.”

“Let me think nothing but you. And as you know my love is not like a flowers. Because even flowers fade and die.”

“Love last always. Love last always.”

* Inspired by Khairudin Muhammad.

  

Back to TOP