Berpuluh Kumbang Terbang Part II
DI JAMBAR pondok, di tepi terjal. Dari lubang kecil dia intai.
Ah! Terjali berpuluh kumbang seri berwarna-warni. Duduk terpuruk masyghul di hati. Bersedu lara termenung sendiri-sendiri. Rintihan-rintihan, gigilan-gigilan, dan dengungan-dengungan asmaraloka silih berganti.
Setiap satu bagi setiap emosi. Setiap satu bagi setiap ucap yang tiada dia terluahkan. Dan setiap satu bagi setiap keengganan untuk keluar walau dengan peluang dia sediakan.
Laksana mutia di dalam balang. Berhati-hati kesedihan dia gali perlina hilang. Lubang kecil dia siat-siat dan dia koyak-koyak. Agar dunia luas serba putih di luar mereka nampak.
Hari demi hari, waktu demi waktu. Berpuluh kumbang seri, terbang keluar satu persatu.
Setiap satu bagi setiap emosi. Setiap satu bagi setiap kisah yang tiada dia terlupakan. Dan setiap satu bagi setiap ucap yang tiada mereka terluahkan, “Terima kasih.”
* Inspired & credited to Dewi Kumbang.

2 comments:
Damai itu...
('=
what a blog... beautiful... salam singgah... khairul's here.... thanks jgk kerana singgah ke blog saya yang tidak seberapoa itu
Post a Comment