Senandung Hari-hari Terakhir Part II: Meditasi Embun Pagi
“Have you heard the tale of the serpent? That awaits the golden throne. Healing me with the supreme glory. And in eternal path shall we meet.”
DIA renung gelapnya awan-awan. Seperti yang diramalkan. Dan bintang-bintang memancar menyilau terang. Bahunya memberat dengan janji-janji yang disandang.
Menanggung kelaparan tujuh hari. Bermeditasi penyembuhan embun pagi. Di hamparan padang emas menggemerlap mata. Lihat! Ada burung hitam besar pemberi petanda.
Suara-suara yang terngiang; memekakkan dan kejam.
Dia teruskan perjalanan penyembuhan. Burung hitam besar di atas kepala terbang meneman. Memberi panduan supaya dia tiada tersasar. Menyusur angin yang bertiup mendatar.
Suara-suara yang terngiang; melemahkan dan tetap kejam.
5 comments:
woaa...
power aa...
smpai xtaw nk ckp apee...
Mmmmmm nak kata ape ek?
Assalamualaikum..maaf br melawat umah sedari padahal sedari dah lama melawat rumah saya..hehe
indahnya bahasa saudari, ibarat mendengar burung berkicauan di siang hari.. walaupun tak beberapa tak paham atau mmg tak paham tp sedap didengar(atau dibaca sbb dlm blog) ehehe
kalau saudari tak keberatan, add saya di YM lupa_lagi23@yahoo.com
sekadar utk merapatkan silaturahim..bagi yg lain2 pun sila la yer..
nak tulis panjang2 pun tak best..nnt org kata gila kuasa plak..hahaha ok la..
selamat bersulang puisi.
selamat hari raya!
selamat hari raya!
Post a Comment