Obsessed Part II: Senandung Penggodaan
DIGODA dan dibutakan hidup oleh makhluk yang kononnya berkuasa. Tiada sedari tetapi mereka ada. Pandangan mata adalah tipuan segala. Bisikan kata menuli telinga.
Kepuasan dan kepedihan, kekerasan dan kemarahan, keserakahan dan keghairahan, semuanya berdiri sama tinggi. Mati di dalam sukma dan dominan di dalam hati. Kehidupan yang dipenuhkan dengan janji-janji. Cuma sedikit menjadi penyimpan dan yang lain melempari.
Dipenjara di dalam sangkar kenafsuan. Kau khianati setiap kemahuan dan keinginan. Fantasi ditawan oleh pusaran air yang beku. Mimpi-mimpi dijebak di dalam paya yang kering layu.
Diperangkap di tengah lautan yang mengabusi. Dia menderita hingga hampir mati. Nyalaan godaan seperti bakaran yang membakar hangus. Dan luka itu menyiat pula segala seksa sengsara halus-halus.
* Inspired by Shamsudin Ali.

4 comments:
mendlm sgguh maksud nye tu..
kenali dn fahami bru dpt rasai makna terirat dn tersurat...
Pak Karamu melawat anda
kamu masih menderita kerana itu..
=(
ya, kau masih boleh jadi rakus, biar lagi rakus dari biasa.
Post a Comment