December 31, 2008

Frustrasi Kesuma Dewi Part III: Jangan Menyerah


WAHAI Kesuma Dewi!

Dia menuntut kebangkitan. Bangunlah dan jangan menyerah segala kelemahan. Buangkanlah setiap apa yang tiada patut tertaklukkan.

Janganlah lebih lemah daripada mereka. Lepaskan ketiadagentaran kepada semua. Kembalilah Kesuma Dewi yang sediakala.

Aduhai Kesuma Dewi! Tunjukkan kesaktian-kesaktian!

December 30, 2008

Frustrasi Kesuma Dewi Part II: Penawarjuna


BILA hatinya ditanya tentang siapa ini.

Ini srikandi. Ini permaisuri. Ini maharani. Dan ini dewi segala dewi.

December 10, 2008

Frustrasi Kesuma Dewi


DEWA Dewi mencari cinta. Dewa dan Dewi akhirnya sama-sama tergoda. Salah siapa? Dewi atau Dewa?

Akhirnya dipaksa-paksa untuk percaya pada takdir dan ketentuan. Jodoh pertemuan yang sering dikatakan di tangan Tuhan.

Dia menyoal, “Mengapa pencinta-pencinta yang bahagia ditimpa penderitaan sebegini sekali?” Doktrin takdir menjawab, “Mungkin ada maksud mulia di sebalik semua ini.”

Dia menanya, “Mengapa untuk suatu tujuan mulia, Tuhan merosak kehidupan pencinta-pencinta? Mengapa Tuhan mengizin penyihir-penyihir untuk memisah dan menabur kata?”

Dan dia terus memujuk hati untuk tiada menyalahkan Tuhan. Segala kutukan untuk para penyihir dan pengata yang penuh kehinaan.

December 03, 2008

Seru


SEMAKIN hari terasa jiwanya dipanggil, diseru, dan dihela. Tapi dinding-dinding masih sama. Udara masih tiada berubah rasa. Ajaib kerana suara kau itu teramat nyata.

Dan dia mula bertanya pada jiwa. Adakah ini tanda kau meluah rindu di sukma? Atau cuma perasaannya sahaja yang mengharap? Kerana kau sendiri tahu jika demi kau, dia tiada pernah tersilap.

Dan dia yakin dengan sangat itu memang suara kau.

Dia mendengar kau melagu dan merayu. Segala kesedihan dalam diri kau mengadu. Mencerita tentang semua yang telah mereka melaku.

Tariklah semua tenaga yang dia ada. Untuk kau jadi yang terkuat semula. Demi hati. Datanglah, pulanglah, dan genggamlah janji.

December 02, 2008

Bila Ada Adalah Tidak Ada


BILA ada adalah tidak ada. Bila apa yang kau tahu adalah salah. Dan bila apa yang kau dengar adalah bohong.

Seandai ada apa berita, perkataan, hingga pengakuan yang kau terima yang bukan dari mulutnya sendiri. Maka percayalah bahawa sesungguhnya itu bukan dari dia.

Seharus kau lebih tahu betapa sejak dulu begitu ramai yang dengki. Berapa ramai yang cemburu dan iri. Betapa dahsyatnya mereka ketika lidah tiada dijaga. Kebohongan, celaan, bahkan fitnah ketika terhambur tiada terasa.

Dan kau semestinya tiada perlu tertewas dengan mereka.

Seandainya kau tiada tertewas dia masih tetap tiada faham. Mengapa kau mesti berpura-pura tabah?

December 01, 2008

Do You Feel Good


DO you feel good? Do you feel fine? Did they get you to trade your hero for ghost?

  

Back to TOP